•6 November 2009 •
Leave a Comment

Kelab Bolasepak SYS telah mengadakan jamuan akhir tahun dan meraikan pemain bolasepak sekolah yang telah mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan sepanjang tahun 2009. Jamuan ini telah diadakan di Hotel Hillcity Ipoh Perak, pada 6 Nov 2009 iaitu bermula jam 8.00 hingga 10.30 malam. Jamuan ini dihadiri Penasihat Kelab,Jurulatih, PT Daerah K Selatan dan turut dihadiri guru-guru SYS yang lain, termasuklah guru-guru perempuan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan yang telah menjayakan jamuan akhir tahun ini. Semoga berjumpa lagi tahun 2010 dengan pencapaian lebih cemerlang.
Posted in Uncategorized
•27 June 2009 •
Leave a Comment

SYS tempat ketiga
Pusingan Awal :
SYS vs SMK Iskandar Shah Parit (seri 1 -1)
SYS vs ACS Ipoh (menang 4-0)
SYS vs SMK King Edward Taiping (tewas 0-1)
SYS vs MCKK (menang)
Separuh Akhir
SYS vs SMK Anderson Ipoh (tewas 0-2)
Penentuan ketiga dan keempat
SYS vs SMK King Edward Taiping (menang 3-1)
Posted in Uncategorized
•23 June 2009 •
Leave a Comment

Futsal Hari Guru Peringkat Daerah Kinta Selatan
Pasukan Kelab Guru SYS telah menyertai Perlawanan Futsal Sempena Hari Guru Daerah Kinta Selatan pada 20 Jun 09. Pasukan Guru SYS gagal diperingkat separuh akhir(tewas penalti) dengan Pasukan SK Sentosa.Penentuan tempat ke 3 dan 4 berjaya dimenangi oleh Pasukan Guru SYS setelah menewaskan pasukan SK Sultan Yussuf.
Posted in Uncategorized
•31 May 2009 •
Leave a Comment
Perlawanan telah berlangsung pada 30 Mei 09. Bertempat di padang SYS.Sebanyak 11 pasukan mengambil menyertai dalam kejohanan kali ini . Buat julung kalinya Pasukan Guru SYS juga turut mengambil bahagian, namum pasukan ini gagal melayakan diri ke peringkat separuh akhir, setelah tewas perlawanan pertama dengan pasukan 4VT2 (0-2) dan menang dengan pasukan 4 Sains Sukan (1-0). Hanya menduduki tempat kedua dalam kumpulan.Walaubagaimana pun tahniah kepada guru-guru SYS kerana memeriahkan kejohanan kali ini.
Keputusan penuh kejohanan seperti berikut:
Separuh akhir:
Separuh Akhir pertama : 4VT2 vs 4Sc (2-0)
Separuh Akhir kedua : 4ST2 vs 5SS (2-3)
Perlawanan akhir antara 5SS vs 4VT2 (1 – 1) Penalti (3 -1)
Tahniah pasukan 5SS menjadi johan dalam kejohanan bolasepak antara kelas tahun 2009.
Posted in Uncategorized
•31 May 2009 •
Leave a Comment

Selamat hari jadi Joey
Selamat Hari Jadi buat Joey (kapten pasukan bolasepak premeir SYS), yang jatuh pada 29 Mei 2009.Majlis ringkas diadakan dipadang SYS selepas perlawanan SYS menentang ACS Ipoh. Tahniah Joey….
Posted in Uncategorized
•31 May 2009 •
Leave a Comment

SYS vs ACS Ipoh
SYS menang 4-0 menentang ACS Ipoh dalam kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Premeir Negeri Perak 09. Perlawanan berlangsung pada 29/5/09 di padang SMK Sultan Yussuf.Tahniah pasukan SYS
Posted in Uncategorized
•27 May 2009 •
Leave a Comment
Kelab Bolasepak SYS akan menganjurkan pertandingan bolasepak antara kelas (9 sebelah). Terbuka kepada semua kelas Ting 4,5 dan 6. Pertandingan akan berlansung pada 30 hingga 31 Mei 2009. Sila hubungi Saudara Alif Firdaus (Kelas 5sains 1) untuk mengambil borang penyertaan.
Antara syarat pertandingan:
Setiap kelas haruslah mendaftar sebanyak 12 orang pemain menggunakan borang yang telah disediakan.
Sebarang proses mengimport pemain dari kelas lain hendaklah dengan kebenaran dari pihak penganjur sahaja(Guru Kelab).
Setiap pemain harus mengisi borang kebenaran ibubapa yang dikepilkan bersama borang penyertaan dan serahkan sebelum atau pada 28 Mei 2009.
Setiap pasukan harus menyertakan wang penyertaan sebanyak RM24 setiap pasukan.
Semua pemain mestilah menggunakan kasut bola ketika bermain.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara Alif Firdaus (5 sains 1) atau Guru Penasihat Kelab (En. Muhamaad Azizan Abdullah)
Dijangka pasukan guru-guru SYS juga akan menyertai pertandingan ini.
Hadiah : Wang tunai dan hamper disediakan.
Posted in Uncategorized
•16 April 2009 •
Leave a Comment

Pasukan B15 (Naib Johan)
Tahniah Pasukan B15, kerana berjaya merangkul naib johan setelah tewas 1-2 kepada SBPI Gopeng dalam perlawanan akhir bertempat di Padang SMK TIWA Bt Gajah (18/04/09).Semoga pasukan ini lebih cemerlang untuk tahun hadapan. Tahniah Cikgu Lan Mat Isa selaku jurulatih.
Posted in Uncategorized